pelbagai resepi dari pelbagai negara

INI SEBABNYA KENAPA TAUFU FA CINA PALING SEDAP

INI SEBABNYA KENAPA TAUFU FA CINA PALING SEDAP
Mudah je buat dia, tak rumit pun! Boleh la buat, kalau nak berniaga pun boleh! Share la! Parking di wall anda dulu..
Bahan-Bahan
1. 300 gm kacang soya
2. 2.5 liter air
3. 2 helai daun pandan
4. 2 sudu tepung jagung
5. 1 sudu teh serbuk GDL (glucono delta lactone) @ tepung seiko
BAHAN UNTUK AIR GULA:
1. Secawan gula
2. 2 cawan air
3. Sehelai daun pandan
4. Air soya
Cara-cara Menyediakan
1. Rendam kacang soya selama 5 – 6 jam.
2. Kisar kacang soya tersebut menggunakan pengisar makanan.
3. Kemudian, tapis hasil kisaran menggunakan penapis.
4. Ambil satu bekas atau periuk, dan masukkan 2 cawan air soya yang dikisar tadi.
5. Kemudian, masukkan 2 sudu tepung jagung dan 1 sudu teh serbuk GDL – (Bancuhan A)
6. Seterusnya, lebihan air soya yang dikisar tadi dimasak bersama 2 helai pandan dalam periuk dengan api yang besar, dan digaul sentiasa. MESTI digaul sentiasa supaya air kacang soya tak berkerak.
7. Kacau sehingga ia membuih ke atas dan tutup api. (Bancuhan B)
8. Setelah itu, kembali kepada bancuhan A dan kacau supaya sebati.
9. Kemudian, tuangkan bancuhan B ke dalam bancuhan A. JANGAN DIKACAU!
10. Buang buih yang terdapat di atas air soya yang bakal menjadi tau fu fah itu. Tunggu selama sejam untuk tau fu fah mengeras.
11. Sambil menunggu tau fu fah mengeras, masak air gula.
CARA MENYEDIAKAN AIR GULA :
1. Didihkan secawan gula pasir bersama 2 cawan air.
2. Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul. Boleh juga gunakan gula merah atau gula melaka.
3. Hidangkan Tau fu fah bersama air gula dan air soya sekali.
PERINGATAN :
Sediakan 2 periuk yang berasingan :
*1 untuk masak air soya, satu lagi tempat untuk mengeraskan tau fu fah
Siap!
Share dan tag kawan2

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari