pelbagai resepi dari pelbagai negara

IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK, SAMBAL SOTONG KEMBANG, SAYUR PAKCHOY SOS TIRAM

IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK, SAMBAL SOTONG KEMBANG, SAYUR PAKCHOY SOS TIRAM



RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API

Bahan:
1/2kg ikan tenggiri potong 3
1 genggam cili api merah*
2 biji cili merah*
1 inci kunyit hidup*
5 ulas bawang merah*
3 batang serai dititik
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk air
1 keping asam keping
garam

Cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*).. masukkan dalam periuk..
panaskan bersama semangkuk air.. bila mendidih.. masukkan ikan
masukkan juga serai.. asam keping.. garam..
bila ikan telah masak masukkan santan..
kecilkan api.. biarkan santan mendidih sekejap..
tutup api sedia untuk dihidang..

RESEPI SAMBAL SOTONG KEMBANG

BAHAN-BAHAN:

1 ekor sotong kembang
Garam , gula dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:

15 biji cili kering
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

1)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

2) Masukkan sotong , dan terus kacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air . Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.

SAYUR PAK CHOY SOS TIRAM

Bahan-bahan
seikat sayur siew pak choy
4-5 sudu mkn sos tiram
3 ulas bawang putih- cincang
seinci halia - cincang
air sedikit
tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan

Cara-cara

sayur jangan potong dulu... panaskan air. celur dengan batang2 skali.
angkat dan toskan. potong bahagian yang hujung. susun dalam pinggan dan ketepikan.

panaskan minyak, tumis bahna cincang hingga naik bau@kekuningan.
masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. tak payah letak garam sebab sos tiram dah masin. kalau nak pekat bubuh tepung jagung+dbancuh ngan sedikit air.

didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
hiaskan dengan bawang putih goreng.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari