pelbagai resepi dari pelbagai negara

Design Cantik Biskut Dahlia Classic

Ada yang suka design ni....boleh buat time raya...saya kongsi je idea...kot ada yang nak follow.

Alhamdulillah tq resepi sis Azura Aris memang sedap
Resepi dahlia classiq JJ
resepi Azura Aris
Di olah oleh JJ Pau Mawar
Di cuba oleh Lyn Ab Rahman


250 gram anchor butter Salted
110 gram gula icing yang berkualiti (jj guna 85 gram sahaja) sebab tak suka manis
1 sudu teh essen vanilla
sedikit pewarna kuning lemon
110. gram tepung jagung
115 tepung kastard
160 gram tepung redrose (120 tepung gandum + 20gram tepung beras cap teratai dan 10 gram tepung ubi kayu total kena ikut adunan asal...


Cara2 penyediaan
1.satukan butter dengan gula icing dan essen vanila sekadar sebati sahaja dan masukkan ke semua jenis tepung yang sudah di ayak hingga jadi doh dan warnakan ikut citarasa anda
2.JJ guna acuan semperit no 12 atau 15 pon ok ..
3.Terap hingga selesai dan hiaskan dengan manik atau coklat chip.Selepas terap biarkan 1/2 jam sebelom di bakar untuk dapatkan kelopak bunga yang cantik
4.Bakar pada suhu 150 selama 20 @ 25 minit ikut oven masing
Tips guna gula icing yg berkualiti untuk hasil yang baik seperti CSR atau jenama KING
Tepung red rose ada tepung cookies ...khas untuk biskut.saya ubah guna tepung gandum sahaja
.
.
Kredit Resepi : JJ Pau Mawar

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari