pelbagai resepi dari pelbagai negara

APAM BERKUAH TERENGGANU.DAPATKAN RESEPINYA DISINI

APAM BERKUAH TERENGGANU.DAPATKAN RESEPINYA DISINI
Bahan A
1/2 cawan gula melaka / gula merah
1/2 cawan air
1/4 sudu teh garam
- Masak hingga gula larut, tapis dan sejukkan dahulu.
Bahan B
1/2 cawan air suam
1 sudu kecil gula pasir
1 1/2 sudu kecil yis
- Satukan bahan dan rehatkan selama 5 minit hingga yis berbuih.
Bahan C
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula pasir
Loyang atau acuan kecil - gris dengan minyak masak
Cara-cara :
1. Dalam bekas yang besar, satukan bahan A, B dan C. Aduk rata, adunan tidak pekat dan tidak cair (seperti adunan cucur pisang), jika terlalu pekat tambahkan sedikit saja air.

2. Tutup bekas dan rehatkan adunan selama 1/2 jam. Kaup balikkan adunan, kemudian tutup semula. Lakukan kaup balik adunan sebanyak 3 kali setiap 1/2 jam.

3. Panaskan pengukus, masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan-acuan kecil, biarkan adunan mengembang dahulu dan kukus selama 30-40 minit bergantung pada saiz acuan. Tutup penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis ke atas apam.
Note : Jika menggunakan acuan kecil, masukkan 1/2 adunan saja kerana adunan akan mengembang.
Kuah
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 hiris lengkuas
1cm kunyit
1 ekor ikan kembung sederhana besar (rebus dan ambil isi)
2 cawan santan sederhana pekat
1 sudu besar kerisik
1 keping gula melaka
1 sudu kecil ketumbar disangai
1 sudu kecil jintan manis disangai
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar kelapa parut
sedikit garam
Cara-cara :
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit sampai lumat.
2. Kemudian tumbuk lada hitam, kelapa parut sampai lumat.
3. Tumbuk ketumbar dan jintan manis sehingga halus serta masukkan isi ikan tadi, tumbuk lagi hingga halus dan bergaul rata.
4. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan2 yang telah ditumbuk / di kisar tadi. masukkan kerisik, gula melaka dan garam, kuah biar sedikit manis.
5. Masak kuah hingga kuah naik minyak. kepekatan kuah tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Selalu kacau untuk mengelakkan kuah berkeladak.
6. Hidang bersama apam.
Apam Berkuah Trengganu
Kredit: Resepi Citarasa Wan

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari