pelbagai resepi dari pelbagai negara

RESEPI SOLOK PETOLA ULAR YANG SANGAT MUDAH DAN LAZAT

 RESEPI SOLOK PETOLA ULAR YANG SANGAT MUDAH DAN LAZAT

Sejujurnya, ini kali pertama cheyah mencuba. Selalu makan solok lada je. Ni ummi yang suggest suruh cuba buat sebab cheyah teringin nak makan dan nak tahu rasa dia macam mana. Ternyata sungguh sedap wehh. Lemak manis macam sayur lemak gitu.
Bahan-bahan
1 biji petola ular (potong 5)
1 biji kelapa (1/2 guna untuk santan)
3 ekor ikan rebus ambil isi
1 biji bawang merah
Sedikit lada hitam
1 biji telur (utk padatkan dan tak bagi hancur)
Gula dan garam
Cara membuatnya


1. Buang biji petola macam dalam gambar yang cheyah tunjukkan.
2. Sebiji kelapa bahagikan dua. Sebelah buat perahan santan. Sebelah lagi kita gunakan untuk inti solok.


3. Tumbuk semua bahan kecuali telur. Satukan dengn kelapa putih. Masukkan gula dan garam bagi rasa.
4. Susun dalam periuk dan masukkan santan. Biarkan ia mendidih dan masak. Kemudian dah sedia untuk dihidang. Siap!
Selamat mencuba. Senangkan.

Bahiah Saripuddin

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari