pelbagai resepi dari pelbagai negara

Kelazatan Rasa Rendang Sarawak

Resepi Rendang Ayam / Daging Ala Sarawak

Bagi sesiapa yang telah menikmati rendang Sarawak, rasanya memang berbeza dengan di Semenanjung Malaysia. Di sini admin kongsikan resepinya...
Bahan A
1 ekor ayam / 1 kilo daging
Santan (1 biji kelapa)
4 helai daun kunyit (dihiris halus)
Kerisik (1/2 biji kelapa)
Bahan B
1 inci halia (dikisar)
4 biji bawang merah (dikisar)
10 biji bawang putih (dikisar)
½ camca tepung kunyit
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
2 batang serai (ditumbuk)
Beberapa biji cili padi (ikut selera sendiri)
Cara membuatnya
Cuci ayam/daging sampai bersih. Tos kan. Gaulkan semua bahan B dengan ayam / daging.
Masak ayam/daging sehingga keluar air ayam/daging itu sendiri. Masuk kan santan sedikit demi sedikit. Selepas itu masuk kan kerisik dan daun kunyit. Pastikan ayam/daging masak sampai empuk dan masuk kan garam dan ajinomoto(orang sarawak memang guna perasa) mengikut citarasa sendiri.
Akhir sekali biar kan air santan kering dan padam kan api apabila ayam/daging sudah benar2 masak.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari