pelbagai resepi dari pelbagai negara

Ikan Merah Masak Sos Pedas Masakan Melayu

Ikan Merah Masak Sos Pedas Masakan Melayu


Bahan-bahan

1) 3 keping isi ikan merah digaul dengan garam & kunyit.

Bahan Sos

1) 6-7 cili kering yang dikisar
2) 2 ulas bawang putih dicincang
3) 1 bawang besar dihiris kasar
4) 2 sudu makan sos cili
5) 1 sudu makan sos tiram
6) 1 biji tomato
7) Garam & gula secukup rasa

Cara Memasak

1) Gorengkan ikan yg digaul dgn garam & kunyit - keluarkan sementara.


2) Untuk sos pula, tumiskan bawang putih & bawang besar hingga layu


3) Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.


4) Masukkan cili sos, sos tiram & garam serta gula sesedap rasa.


5) Akhir sekali masukkan tomato yg dibelah 6 bersama ikan yang di goreng tadi, biarkan beberapa minit.


6) Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari