Dah Berbulan Simpan,Ikan Masih Segar.Ini Rahsianya
Pergi pasar malam hari tu, beli ikan lebih sikit. Bila simpan dalam peti ais tahu-tahu saja isinya dah jadi lembik dan baunya pun kurang enak.
Kalau masak, confirm hilang rasa manisnya.
Macam mana sebenarnya cara terbaik untuk simpan ikan supaya tahan lama dan kekal segar walaupun disimpan lama? Pertama sekali, anda hanya perlu menyiang ikan dan pastikan isi perutnya semua dah dibuang. Kemudian anda ambil surat khabar dan bungkus ikan tersebut di dalamnya. Tak perlu dibersihkan ikan yang telah disiang tadi dengan air.
Tahukah anda, apabila anda membersihkan ikan dengan air dan baru disimpan, itulah yang sebenarnya yang membuatkan ikan cepat busuk kerana isinya lembap dengan air. Isi ikan juga mudah hancur.
Selepas ikan dibalut dengan surat khabar tu, bolehlah anda simpan dalam peti ais seperti biasa. Anda juga boleh meletakkan hirisan lemon atau limau di dalam balutan ikan itu.
Selain kekal segar, ikan juga akan berbau harum dan tidak hanyir. Anda boleh mengeringkan ikan dengan tisu dapur sebelum disimpan.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment