pelbagai resepi dari pelbagai negara

Rahsia Terbesar Jadikan Aiskrim Malaysia Ini Sedap, Lembut & Lemak!

Rahsia Terbesar Jadikan Aiskrim Malaysia Ini Sedap, Lembut & Lemak!

Bukan biasa-biasa rasa Aiskrim Malaysia yang dikongsikan oleh Puan Aida Radzuan ini. Rasanya sedap, lemak dan paling penting teksturnya lembut dan tidak terlalu keras seperti ‘batu’.

Rahsianya adalah dengan campuran tepung jagung, garam serta esen vanila.Menurut wanita ini lagi, resipi inilah yang digunakan menjadi sumber rezeki pendapatan sampingan dirinya di rumah.

Buat mak-mak yang nak buat untuk anak-anak, mahupun para suri rumah yang nak cuba berniaga aiskrim malaysia ini di rumah boleh lah cuba resipi yang dikongsikan.

Berikut perkongsian oleh Aida Radzuan;

“Haritu Aida ada post pasal #AiskrimMalaysia, ada yang mesej nak tanya resepi dan cara-cara ikat aiskrim tu.Jadi harini Aida nak share resepi dan video ikat aiskrim Malaysia”

“Dengan resepi ni jugak lah Aida buat untuk berniaga online dan offline.Alhamdulillah rezeki anak-anak Aida..Tiap-tiap minggu order masuk..Budak-budak area rumah pun ramai datang beli dekat rumah”.

Resepi Aiskrim Malaysia

Bahan-Bahan:

1 Tin Susu Pekat
1 Tin Susu Cair
4 1/2 tin Air Masak
2 1/2 sudu besar Tepung Jagung (untuk lembutkan aiskrim)
Garam sikit (untuk rasa lemak-lemak)
1 sudu kecik Esen Vanilla
Plastik aiskrim
                       

Cara-Cara Membuat:

1. Campurkan susu pekat dan susu cair.Aida guna #SusuSuJohan je.Campurkan sekali air masak 4 1/2 tin.
2. Selepas itu, bancuhkan 2 1/2 sudu besar tepung jagung dalam bekas sebelum masukkan dalam periuk untuk dimasak.
3. Campurkan garam dan esen vanila masak sampai semua betul-betul masak (menggelegak).
4.Bila dah menggelegak tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk bolehlah masuk dalam plastik aiskrim cap kingkong.
                         

Dekat sini Aida ada share sekali video cara-cara ikat plastik aiskrim tu..Kalau tak berapa clear boleh search dekat youtube.

Posted by Aida Radzuan on Monday, 21 January 2019

Info Ekstra!

*Semua jenis aiskrim yang bersusu dan tak bersusu mesti masak air tu sampai menggelegak walaupon pakai air coway atau cucco.
*Tepung tu larutkan dulu, bancuh dalam cawan pakai air masak biasa. Lepas tu masukkan dalam air susu yang tengah masak tu..kacau .sampai sebati.
*Perisa aiskrim pula boleh letak sekali masa masak air susu tu.
Siap! Selamat Mencuba!
                             

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat! Buat mak-mak yang nak cuba buat sendiri untuk anak-anak, mahupun golongan suri rumah yang nak cari pendapatan sampingan, boleh lah cuba resipi Aiskrim Malaysia yang dikongsikan ini.

Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.

Sumber: Aida Radzuan

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari