pelbagai resepi dari pelbagai negara

BUAT SENDIRI BURGER...PASTI BERKHASIAT DAN SIHAT

RESIPI BURGER ‘HOMEMADE’ YANG MUDAH DAN SIHAT

Mari kita ikuti cara buat burger ‘homemade’ yang mudah dan sihat. Selepas ini, tak perlulah beli di pasaraya lagi. Lebih terjamin bahan dan mutunya apabila dibuat dengan air tangan sendiri, bukan?
BAHAN-BAHAN
Bahan-bahannya yang diperlukan adalah seperti berikut:
2 ketul dada ayam @ daging
2 ketul kentang @ carrot
2 biji telur
1 labu bawang besar
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil hilal @ kiub ayam
1 sudu kecil serbuk soda *
3 sudu kecil tepung gandum *
2 sudu kecil tepung ubi*
CARA BUAT BURGER ‘HOMEMADE’: LANGKAH DEMI LANGKAH
Ini langkahnya:
1. KISAR
Kisarkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda*.
2. CAMPURKAN SEMUA BAHAN
Setelah dikisar, pindahkan ke dalam bekas dan gaulkannya dengan sebati.
Kemudian, masukkan bahan-bahan selebihnya yang bertanda *.
3. MASUKKAN DALAM ACUAN
Bentukkan daging burger dengan menggunakan acuan untuk menggoreng telur seperti dalam gambar ini.
Pastikan anda melapik bahagian bawah acuan dengan plastik atau apa-apa yang sesuai.
4. KUKUS
Kukuskan daging burger ini selama 15-20 minit, hingga daging burger tadi mula terbentuk.
5. SEJUKKAN
Seterusnya, sejukkan pula di dalam peti sejuk. Kalau ada buat lebih, boleh simpan di bahagian ‘freezer’ untuk disimpan lebih lama.
Bila nak makan, baru keluarkan macam biasa.
6. BAKAR
Selepas disejukkan, anda bolehlah membakarnya seperti biasa di atas kuali leper. Siap untuk dihidangkan mengikut citarasa anda.
Kredit: Puan Sabariah Hussain

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari