pelbagai resepi dari pelbagai negara

Mak Masak Ikan Masak Taucu

Resipi Ikan Masak Taucu



Saiz hidangan : 2-3 orang

BAHAN-BAHAN

1. Ikan Kembong / Tenggiri - 3-4 ekor / ketul
2. Bawang Besar - 1 -2 biji (belah dua dan hiris tebal)
3. Bawang putih - 2-3 ulas (hiris nipis)
4. Halia - 1-2 inchi (hiris nipis)
5. Cili api - 6-7 biji
6. Cili hijau / merah - 1-2 biji (belah empat)
7. Taucu - bergantung pada kuantiti ikan

CARA-CARA

1. Ikan di perap dengan kunyit dan garam kemudian di goreng. Bila dah masak (jangan terlalu garing) keluarkan dan letak di tepi.

2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai baik bau. Kemudian masukkan taucu dan sedikit air dan kacau rata.

3. Masukkan sedikit gula dan aji.

4. Masukkan cili merah / hijau dan cili api.

5. Masukkan ikan dan kacau rata.

6. Siap di hidang.

NOTA TAMBAHAN

1. Ada sesetengah resipi guna air asam jawa dalam ni tapi Ana tak guna sebab taucu tu pun dah masam sifat dia.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari