pelbagai resepi dari pelbagai negara

Kena Cuba Sebab Sedap.....Meehoon Belacan

Meehoon Belacan



Bahan kuah 
1. Belacan (anggaran 2inci atau ikut suka, lebih banyak lebih bagus tapi pastikan belacan yang sedap)
2. Sedikit serai (dimayang)
3. 5 bj bawang merah
4. 5 ulas bawang putih
5. cili kering (ikut suka, jika mahu pedas bubuh byk)
6. 1 sudu besar kicap pekat
7. 3-4 keping asam keeping
8. 2 btl pes otak udang
9. gula nipah/gula melaka/gula apong
10. 1 sudu tepung jagung (dibancuh dgn sikit air)

Bahan mee
1. Mee Hoon (direndam dan dicelur) 2. Telur padi ikut suka kalau mahu byk (saya suka banyak, sedap heee)
3. Sotong kembang (dicelur dan potong ikut suka)
4. Timun dan sengkuang (dipotong mayang)
5. Limau kasturi (dipotong untuk perahan jika suka)
6. Kacang tumbuk (untuk ditabur jika suka)
7. Telo Padi (century Egg)

Caranya :
Blend bahan 1-5 dan rebus dgn air (sukatan ikut suka macam buat kuah laksa penang juga). Masukkan asam keping dan kicap pekat. Rebus hingga mendidih lama sedikit. Tutup api dan tapiskan kuah. (Hampas nya jangan dibuang, boleh diguna buat sambal goreng). Masak semula air rebusan tadi. Masukkan pes otak udang dan gula nipah/melaka. Masuk perasa dan sedikit garam (harus diingat kicap pekat juga sudah masin). Bila dah mendidih masuk tepung jagung dan biar hingga pekat sedikit. Kuah dah siap.
Masuk mee (sorang makan ye) ke dalam mangkuk, bubuh sikit sotong, telur padi, timun & sengkuang Bubuh kuah. Tabur kacang tumbuk. Perah limau jika suka.

**Mee Belacan ni masakan cine famous di sarawak...Selamat Mencuba...memang sedap sgt.. my favourite... yumyum...

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari