pelbagai resepi dari pelbagai negara

Juadah Berbuka Petang Ini..Popia Satar.

Untuk juadah petang ni..popia satar.

Bahan:
3 ekor ikan kembung..rebus sekejap
1 1/2 cawan kelapa putih )
10 biji cili api )
3 ulas bawang merah )
1 ulas bawang putih )ditumbuk
1 inci halia )
2 batang serai )
sedikit air asam jawa
garam dan gula

Cara:
Ikan yang direbus tadi dibuang tulang
tumbuk hingga hancur.
Gaulkan sekali dengan bahan2 tumbuk
Masukkan air asam jawa
perasakan garam dan gula
Sediakan kulit popia..bungkus (jangan banyak sangat isi inti..nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng.
*saya tambah sedikit halba untuk rase kelainan.

Resepi: dari Google
Kredit Resepi : syarifah nor hj abdullah

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari