pelbagai resepi dari pelbagai negara

Resepi Botok-Botok ikan tenggiri dari Johor.Sedap Lahaiii

Resepi Botok-Botok ikan tenggiri dari Johor


Bahan-bahan:-
*5 biji bawang besar
*4 ulas Bawang putih
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*10 tangkai cili kering
*6 Batang Serai
*Kunyit Basah /serbuk
(Blend semua bahan di atas)

-1 Cawan santan
-sedikit air Asam jawa
-2 sudu besar kerisik
-3 1/2 rempah kari ikan
-Sedikit minyak untuk menumis

Ulam:-
-Pucuk Betik
-Pucuk kaduk
-Pucuk mengkudu(hiris)
-Ulam raja
-Pucuk ubi
-Daun kunyit(hiris)
-Daun kesum
-Daun selasih
(Boleh tambah ulam2 lain jugak)

Bahan lain :-
-Ikan tenggiri potong keping(boleh jugak Guna ikan kembung & Selar)
- Daun pisang
-Lidi

Cara masak:-
-tumis bahan blend hingga garing
-Masukkan rempah kari & sedikit air Asam jawa
- masukkan kerisik & santan
-masukkan garam ,gula & perasa.. kacau rata
-siap masak ketepikan dan biarkan sejuk
- Ambil daun pisang lapiskan ,potong agak-agak muat ulam & ikan(layurkan daun pisang supaya daun lembut & senang di lipat )

-lapisan pertama letak ulam & rempah
-lapisan kedua letak ikan kemudian ttp dgn rempah lagi & tabur dengan daun kunyit yang dah dihiris bersama daun kesum & daun selasih.

-tutup bungkusan tadi & kemaskan.. semat dengan lidi
-Susun dalam periuk kukus,kukus selama 30 minit@ Hingga ikan masak
-Dah masak boleh makan begitu saja atau Makan dengan Nasi bersama lauk-lauk lain.
Kredit Resepi : Zura zuraidah

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari