pelbagai resepi dari pelbagai negara

RESEPI BAKSO ORIGINAL DARI INDONESIA

RESEPI BAKSO ASLI INDONESIA!
Sedap ni. Terkenal kat Batu Pahat, resepi ni dari sebuah warung bakso orang indonesia yang terkenal kat Batu Pahat, try la..
Sedap! Share cepat! Paling syok boleh makan bebola banyak2!!! Sebab buat sendiri!
Bahan-bahan
Mee Hoon 1 bungkus (400 gm) / soon
Taugeh
Kobis dihiris halus
*UNTUK BEBOLA
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam
*UNTUK KUAH
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam n perasa
Cara-cara
UNTUK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
UNTUK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dengan cili padi yang ditumbuk berasingan dengan kicap... Kicap yang sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari