pelbagai resepi dari pelbagai negara

BIHUN SUP AYAM@DAGING ALA ALA MEEHOON SUP UTARA

BIHUN SUP AYAM@DAGING

Resepi: Ida Shahida

DAGING 2 kilo
tulang 2 kilo
@
kalau ayam beli yang tulang kerangka sahaja 3 ekor
isi 6 ketul

3 batang serai ,3 inci lengkuas , 3 inci halia (semuanya diketuk).
2 labu bawang putih * 7 biji bawang merah ( dimayang@ditumbuk)
daun leek * salery * ( diptong besar 3 inci)/jika ada)

2 sudu besar gula
secukup rasa pak aji ( jika suka) atau
(jika suka) 2 kiub ayam@ daging maggi ( saya lebih suka guna kiub ayam- lebih sedap lebih power walaupun nampak pelik tapi percayalah kiub ayam lebih sedap jika dimasukkan kedlm masakan berasaskan daging , ayam dan ikan)

1 camca besar lada hitam ditumbuk kasar
1/2 sudu serbuk kunyit masuk kedlm periuk sup
garam 2 camca

kulit kayu manis 6
8 bunga lawang
10 buah pelaga
2 bungkus perencah 'sup tulang'( jika mahu)
air secukupnya (periuk besar daging mesti tenggelam) .

masukkan daging di dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. masakkan di atas api.

bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. biarkanlah ia masak 11/2 -2 jam supaya daging dapat empuk dengan sempurna. (air boleh di tambah jika surut). setelah daging empuk keluarkan ke semua bahan yang di rebus bersama daging tadi. hanya tinggalkan ketulan tulang dan daging sahaja.

teruskan merebus.dan masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada hitam. serbuk kunyit dan selebihnya tu...

bolehlah di rasa kuah sup ini. sebatikan rasanya seimbang. bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi. sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup. ** 

untuk pengetahuan: kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan tadi.

BIHUN: 1 1/2 kampit bihun yang besar -rendam + serbuk kunyit. bila bihun sudah agak lembut bolehlah di celur sekejab.

HIASAN / TABUR: 

Daging ketulan besar yang telah di rebus empuk - dipotong kiub kecil kecil daun sup - } dihiris halus daun bawang -} 1 kampit kecilbawang goreng 100gram lobak masin - dicincang halus halus

sebungkus bihun
serbuk kunyit
( bihun direndam- air biarlah cukup2 diparas bihun saja..pastu masukkan kunyit dan gaul2-biarkan 15 minit-celur dalam air didih-2-3 minit saja.)

SAMBAL

cabai goreng/sambal- ( sambal ini memainkan peranan sangat penting untuk bihun sup sebab sedap sambal sedaplah bihun sup anda.

cara buat
minyak 1 cawan
(minyak kena banyak sebab nak bagi cabai2 betul2 masak)
3 senduk nasi cili kering yg telah dikisar
8 camca cili sos
bawang merah 4 ulas dimayang
bawang putih 3 ulas dimayang
gula 5 camca
garam 1 camca kecik

(tumis bawang2 dulu-cili kisar-cili sos-garam- goreng sampai cili masak betul2 baru ditambah gula...biar pekat . masak lg sampai sambal jadi warna merah tua/gelap.-guna api sederhana dan perlahan sahaja bila hampir pekat.sambal kena manis baru nama sup utara lagipun baru sedap

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari