pelbagai resepi dari pelbagai negara

Resepi Telor Kobeh ,Kuih Legend Dari Terengganu

 Resepi  Telor Kobeh ,Kuih Legend Dari Terengganu


Kuih ini memang sangat terkeanl di Terengganu.Mari kita lihat bagaimana cara membuatnya.

Bahan-bahan kulit:

500gm tepung gandum

1 gelas air suam

1 camca besar Minyak masak

Garam secukup rasa

Cara-cara membuat kulit:

1. Campurkan semua bahan dan uli.

2. Bulatkan doh sederhana besar.

Bahan-bahan inti :

2 ekor ikan kembung; rebus dan asingkan tulang (hancurkan isinya)

5 biji bawang merah, dihiris halus

1 cm halia, dihiris halus

1 cawan pati santan

400 gm kubis, dihiris halus

6 biji cili merah, dihiris halus

15 biji bawang kecil, dihiris halus

Garam secukup rasa

Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara membuat inti:

1. Kisar cili dan bawang putih

2. Tumiskan bahan-bahan kisar dan kacau perlahan-lahan hingga terbit minyak sampai wangi

3. Masukkan isi ikan kembung dan sayur kubis. Kacau.

4. Masukkan garam dan gula.

Bahan-bahan sos:

5 biji cili merah }

3 ulas bawang putih } dikisar

½ cm halia }

2 camca besar cuka

3 camca besar air asam jawa

½ cawan air

gula dan garam secukup rasa

Cara-cara membuat sos:

Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama-sama cuka, air asam jawa, garam dan gula. Masak hingga mendidih.

Cara-cara membuatnya:

1. Canai doh dan masukkan inti bersama-sama telur. Lipat segi empat.

2. Gorengkan di atas api sederhana hingga kuning keemasan.

3. Canaikan satu lagi doh. Angkatkan doh yang telah digoreng, letakkan di atas doh tadi.

4. Balutkan sekali lagi. Goreng semula hingga kuning keemasan

sumber:Jasmi Mohammad

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari