pelbagai resepi dari pelbagai negara

Cara Membuat Popcorn Caramel,Sekali Makan Tak Sedar Habis Sebekas

Cara Membuat Popcorn Caramel,Sekali Makan Tak Sedar Habis Sebekas
 
Popcorn caramel ni memang sedap,terutama bila dimakan dalam panggung wayang.Popcorn  antara jajan yang cukup digemari.  Sambil tengok tv atau menonton wayang, memang sedap melayan. Tak sedar habis sebekas.


Kalau nak jimat, apa kata ibu-ibu buat sendiri, mudah dan sedap.


Jimat pula tu. Jom cuba cara yang dikongsikan chef Aezach AR. Selamat mencuba!


Waktu2 ni .. takda pop corn hat juai kat KLCC tu.: berjimat cermat!

.

Hang beli biji jagung.. hang buat caramel pop corn sendiri.. mengunyah depan tv malam2 nanti sambil tengok tv


Bahan-bahan 

2/3 cawan minyak jagung

1/3 cawan salted butter

3 cawan mushroom pop corn kernel


1:3 = 1 part minyak : 3 part kernel jagung


Cara membuat:


-Panaskan minyak jagung + butter

– masukan 2 -3 biji kernel jagung.. biar dalam 10 saat .. bila dah keluar bertih bermaksud minyak dah cukup panas.

– masukan semua kernel jagung.. tutup periuk..biarkan 30 saat kemudian alihkan periuk sat dari api

– biar dalam 30 saat..

– letak atas api balik .. pakai kain pegang periuk goncang sikit supaya minyak dan bertih jagung rata


– biarkan dalam 30 saat sampai habis kernel bertukar jadi pop corn


Cara buat Karamel


1 cawan gula perang

125gm butter

1/2 cawan susu pekat manis

1/2 sudu teh baking soda


– buat caramel, masukan butter, susu pekat manis dan baking soda.. kacau rata

– gaul ke dalam pop corn tadi bersama kekacang – walnut / badam yang di bakar dulu


– lapil parchment paper atas tray, tuang pop corn yang di gaul tadi

– bakar dalam oven pada suhu 150 darjah selama 15 minit

– sejukan kemudian masuk dalam bekas kedap udara

sumber:Chefgarang

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari