pelbagai resepi dari pelbagai negara

Telur Dadar Berkeju,Resepi Kesukaan Rakyat Malaysia

Telur Dadar Berkeju
Ini adalah salah satu resepi yang menjadi kesukaan ramai rakyat Malaysia

Bahan-bahan:

5 biji telur gred B
1/2 labu bawang besar - potong dadu
3 batang daun sup - hiris halus
7 biji cili padi - hiris halus
1 cawan hirisan keju Cheddar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
mentega

Cara :
1. Campur telur bersama semua bahan di atas kecuali mentega dan hirisan keju.

2. Panaskan kuali non-stik saiz kecil, dan cairkan sedikit mentega.
3. Masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dalam kuali.

4. Masukkan 1/3 cawan hirisan keju Cheddar.
5. Apabila permukaan telur dadar kelihatan kental, terbalikkan dengan berhati-hati.

6. Setelah telur dadar kelihatan kuning keemasan, angkat.
7. Ulangi 3,4 & 5 hingga selesai.

sumber:pelbagai resepi

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari