pelbagai resepi dari pelbagai negara

RESEPI BONE STEAK TULANG MERAH.BELUM CUBA BELUM TAHU

RESEPI BONE STEAK TULANG MERAH.BELUM CUBA BELUM TAHU
BAHAN : -


RESEPI BONE STEAK TULANG MERAH.

BAHAN : 
* 2kg tulang2 daging kambing / lembu
* 1 mangkuk cili kering (kisar)
* 2 sudu tepung jagung (bancuh air)
* 3 sudu besar sos cili
* 1 tin kecil tomato puree
* 3 sudu sos tiram
* Lobak Merah dipotong panjang
* Kentang dibelah 4
* 1 tin kacang peas
* Ketumbar,jintan manis,lada hitam, kulit kayu manis,bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang (kisar halus) @ ambil isi dalam sup bunjut jer senang 😂😂😂
* Bunga lawang/ kayu manis (yg ni tak perlu hancurkan.
* 3 labu bawang merah besar / 5 ulas bawang putih/ Halia (kisar)
* Serai (ketuk)
* Sup bunjut (3 bunjut)
* Kiub pati lembu @ ayam @ ikan bilis
* garam gula secukup rasa

CARA-CARA :-
* Rebus daging tulang2 bersama halia hiris/ serai sampai dagingnya empuk & lembut dan ketepikan

* Panaskan minyak tumis bahan kisar bawang Putih/merah/ halia, serbuk jintan(bahan kisar halus tadi).Bila pecah minyak, masukkan rempah 4 sekawan. Seterusnya masukkn tomato puree, gaul sebati masukkan cili kisar, Masukkan sos tiram/sos cili. Masak sampai betul2 pecah minyak dan aroma tumisan dia membangkit selera.

* Selesai menumis, masukkan kentang dan lobak merah .masak sampai dia empuk dan seterusnya masukkan air rebusan daging, beserta daging tulang2 dan masak sehingga mendidih, last sekali masukkan tepung jagung dan garam & gula,bila dah cukup rasa baru masukan kacang peas dan gaul rata...Siap & boleh dimakan bersama roti perancis gebu dan panjang....Selamat mencuba 
sumber:Hasimah Hayon

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari