pelbagai resepi dari pelbagai negara

Resepi Gulai Nenas Ikan Talang Tumis Darat Dari Nannie

Resepi Gulai Nenas Ikan Talang Tumis Darat Dari Nannie


Bahan :

Ikan talang masin bahagian kepala,tulang dan isi.
-rendam sekejap untuk kurangkan masin
1/2 biji nenas - dipotong kiub
300ml santan
2 bungkus kecil rempah kari daging / udang
1-2 cawan air

Bahan tumis darat:
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1/2 sudu biji sawi
8-10 helai daun kari
4 sudu besar minyak

Cara :
Dalam periuk,masukkan tulang ikan talang dan kepala bersama serbuk rempah kari dan air secukupnya.Rebus seketika supaya rempah masak dan sehingga tulang dan kepala ikan lembut.

Masukkan nenas dan isi ikan talang.Masak sehingga mendidih

Masukkan santan dan kacau rata.Masak lagi hingga mendidih dan kuah menjadi mesra.Rasakan garam.Hati2 kerana ikan masin itu ade garamnya sendiri

Tumis bahan tumis darat didalam kuali yang berasingan bersama sedikit minyak.Tumis sehingga garing dan wangi.

Tuang bahan tumisan kedalam periuk kari tadi.Minyak tumis jangan di masukkan semua

Kacau rata dan tutup periuk rapat supaya bau tumis meresap kedalam kuah.

sumber:Nannie

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari