pelbagai resepi dari pelbagai negara

IKAN JENAHAK BAKAR MACAM NI PUN SEDAP

IKAN JENAHAK BAKAR MACAM NI PUN SEDAP

Bahan:

Ikan Jenahak 1 ekor
Apple 1 biji (potong mancis)
Aluminum Foil

Caranya:
1) Potong ikan ikut suka..Atie potong
dari belakang..Nak lebarkan...Pastu
letak diatas aluminum foil dan bakar
dalam oven hingga masak..
2) Ikan masak curahkan air asam
ke atas ikan dan taburkan Apple
yang sudah dihiris..

AIR ASAM
========
Bahan:
Bawang Holland 1 biji
Buah tomato 1 biji
Cili padi 7 tangkai
Air Asam jawa 1 manggkuk
Gula melaka 2 keping
Gula perang 5sb
Belacan 2 inci
Kicap pekat manis 2sb
Soya sos 2sb

Caranya:
1) Bawang dan tomato potong
dadu kecik2..masukkan dalam
blender bersama cili api.
2) Tumbuk gula melaka sampai
halus..Campurkan dengan air asam
jawa dan semua bahan kecuali
bahan kisar..
3) Ramas2 kuah asam supaya belacan
gula mesra..pastu tuangkan sikit
kedalam blender untuk kisar bawang
tomato dan cili api.. jangan kisar
terlampau halus.. kasar2 sikit..
4) Akhir sekali campur kesemua
bahan..okey siap..

KREDIT RESEPI.Anna N Zara

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari