pelbagai resepi dari pelbagai negara

Solok Lada Di Makan Bersama Nasi Kerabu Atau Nasi Putih

Sapa suka ni angkat tangan... makan dengan nasi putih sedap.. makan dengan nasi kerabu lagi sedap.
Kalau cara mak saya dia suka guna ikan rebus.
Kalau ikut cara ibu mertua dia guna ikan mentah.
Kalau rakan2 lain kalian buat macam mana?
Ni saya sertakan resepi Solok Lada:

Bahan.
Lada hijau
Ikan selayang @ kembung @ lolong
10 biji lada hitam
2-3 ulas bawang merah
Sedikit halia
Kelapa parut ( agak2 lebih kurang sama byk dgn isi ikan)
Santan utk merebus solok lada.
Caranya:
1. Perisikan ikan.. ( boleh guna ikan rebus @ ikan mentah)
2. Belah memanjang lada dan buang biji.
3. Tumbuk semua bahan bagi lumat dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Sumbat bahan inti ke dalam lada.
5. Rebus @ kukus solok lada dengan sedikit santan. Siap..
Dah boleh makan dengan nasi
Selamat mencuba
Kredit Resepi: Hazlina Nadie
Like & Share

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari