pelbagai resepi dari pelbagai negara

LAKSA KUAH MERAH DARI TERENGGANU MENGGAMIT RINDU

RESEPI LAKSA KUAH MERAH TERENGGANU MENGGAMIT RINDU



Bahannya:
Laksa putih
.
.

Ulaman:

Daun serai kayu
Timun
Kobis
Taugeh
Kacang panjang

**Pilihan ulaman bergantung pada selera masing-masing. Semua ulaman ini diracik dan dipotong kecil-kecil
.
.

Bahan untuk kuah merah:
Ikan direbus dan ditumbuk atau diblender
Santan
Kerisik
Cili boh atau lada giling
Belacan
Garam
Gula melaka atau nisan (dalam dialek Terengganu)
Air rebusan ikan
Air secukupnya
.
.
Bahan yang diblender :
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas hidup
Kunyit hidup
.
.

Cara membuatnya:


Rebus ikan dan asingkan isi dengan tulang.

Ambik isi saja dan tumbuk sehingga hancur

Tumis bahan yang diblend tadi sehingga naik bau dan masukkan cili boh/cili giling dan kacau lagi

Kemudian masukkan rempah masak dan rempah gulai cap bunga ros dan kacau sehingga sebati

Masukkan kerisik, asam keping, garam, gula melaka, air rebusan ikan dan santan

Masak sehingga pecah minyak

Sedia dimakan bersama laksa dan ulaman.
.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari