pelbagai resepi dari pelbagai negara

ASAM PEDAS TUMIS MELAKA...masam dengan pedasnya mestilah seimbang.Barulah Sedap

1 : ASAM PEDAS TUMIS MELAKA

Bahan-bahan: 

- ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalau melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.

- 7/8 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sebesar ibu jari kaki belacan
- kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
- air asam jawa
- cili yang telah diblender(dapat yang digiling lebih sedap)
- 2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
- sedikit halba
- sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
- garam secukup rasa
- perasa ajinomoto jika suka.

Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawang putih ditumbuk lumat.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan tumbuk separuh lumat. Masukkan belacan yang telah ditumbuk.
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji) tak boleh banyak nanti pahit. Halba untuk naik bau wanginya.
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi dan kacau.
6. Masukkan cili yang telah diblender(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu) kacau sebati dan masukkan kerisik.
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal) atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8. Setelah garing masukkan air asam jawa. Tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai dengan ikan.
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati dengan kuah.
10. Masukkan ikan. Kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat) atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah dan masukkan garam serta perasa.

Tips : 
Masak asam sebenarnya rasa asam (masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang. Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasa bezanya anda akan tahu. Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak, ianya tak sedap. 

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari