pelbagai resepi dari pelbagai negara

Cara Mudah Masak Nasi Jagung

Cara Mudah Masak Nasi Jagung



Bahan-bahan ( 5-6 orang )

1 tin jagung whole kernel (yang biji²) - ditoskan airnye
4 cawan beras basmathi
4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
½ cawan susu cair
½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak
2 helai daun pandan disimpul
sedikit garam
kisar bahan yg bertanda *

Cara-cara

- basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
- panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
- masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
- setelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
- setelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.
***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.

No comments:

Post a Comment

@hayatishaari